Tuesday, November 2, 2010


BAB 2




ULASAN KARYA




2.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini akan mengulas kajian yang dikaji iaitu faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Ulasan ini akan bertindak sebagai bukti yang menyokong penyelidikan yang ingin dijalankan. Maklumat dan rujukan dalam ulasan boleh diperolehi sama ada daripada buku, jurnal, suratkhabar, majalah, tesis, laporan, petikan artikel, internet dan sebagainya. Dalam kajian ini, terdapat dua faktor yang ingin dikaji iaitu faktor teknologi dan sokongan kerajaan. Dengan adanya ulasan karya, ini akan dapat membuktikan bahawa dua faktor tersebut banyak mempengaruhi kejayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).